Sesi Orientasi Portal eKelas (Minggu 1)

20 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Sesi Orientasi Portal eKelas (Minggu 1) ini telah diadakan pada hari Sabtu, 19 Januari 2019. Sesi orientasi ini telah diadakan secara persidangan video secara langsung melalui portal eKelas dimana guru di Portal eKelas pada sesi orientasi ini telah memperkenalkan dan menerangkan dengan lebih lanjut tentang Portal eKelas kepada para pelajar mengenai bagaimana Portal eKelas boleh membantu mereka untuk belajar dengan cara yang lebih menyeronokkan secara atas talian. Selain itu, guru tersebut turut memberi tunjuk ajar cara-cara Live Tutorial dan e-Cikgu melalui Portal eKelas.

Sesi orientasi yang berlangsung di Pusat Internet Bogag selama 1 jam bermula dari 3.00 petang ini dihadiri oleh seramai 13 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Tahun 6 dan Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Sesi ini tamat pada pukul 4.00 petang.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali